***de 9 Mexico 2 Ocean David Yesterday***
"Work active at 10m, 20m, 30m, 40m, 80m & also 2m band..all band worked at FM, SSB & PSK31 also CW modes..hpe can see u down the log & highly appreciated to work with me at the band"
"I'm worked seriously at 10m, 20m & 40m on my HF mobile station right now, please do not hesitate to answer if u hear my call, i'm always calling CQ DX during mobile"

Tuesday, September 23, 2008

Perbezaan pendapat 2

salam sejahtera kepada rakan-rakan semua..
baru-baru nie, saya ada berQSO dgn org lama (old timer), beliau menegur saya berkenaan penggunaan Q-Code yang saya gunakan iaitu QSL..semasa QSO, beliau berkata sesuatu dan saya dpt copy semua apa yg beliau cakap dan saya pon sebut qsl..qsl..beliau dengan tegas cakap bukan qsl..qsl..jangan sebut 2 kali, ia nmpk seolah-oleh anda mempersendakan rakan anda yang bercakap..walaupun anda dapat copy info daripada rakan tapi cukuplah sebuat dengan hanya sekali iaitu QSL, sebut dengan tegas, tepat dan semangat..ini kerana Q-Code adalah satu perkataan yang tepat..kata beliau..apa yang dapat disini, bila kite sebut dgn cara itu, kita rasa lebih professional..ape pon saya terima teguran orang lama tersebut dengan hati terbuka..
Alhamdulillah..sehingga kini saya praktiskan ape yg ditegur utk semua Q-Code..sebut dengan Tegas, Tepat dan Semangat..terima kasih kepada orang lama tersebut, teguran anda sangat berguna kepada rakan-rakan amatur yang lain terutama rakan-rakan amatur perintis seperti kami..

No comments:

Post a Comment