***de 9 Mexico 2 Ocean David Yesterday***
"Work active at 10m, 20m, 30m, 40m, 80m & also 2m band..all band worked at FM, SSB & PSK31 also CW modes..hpe can see u down the log & highly appreciated to work with me at the band"
"I'm worked seriously at 10m, 20m & 40m on my HF mobile station right now, please do not hesitate to answer if u hear my call, i'm always calling CQ DX during mobile"

Tuesday, December 2, 2008

Kemaskini

Salam kepada semua rakan..lama rasanya tak update blog nie..sbb agak kecapek'an sejak kebelakangan nie..ape pon terima kasih kepada rakan yg tidak segan silu melayari blog saya nie..terima kasih sekali lagi..

salam ceria kepada rakan-rakan semua..harap dapat kite berjumpa atau bersalaman di udara mahupun di daratan..

InsyaAllah..ade umur yang panjang dapatlah kite berbuat demikian..

salam ceria rakan-rakan... 7 3

Monday, October 6, 2008

Perbezaan pendapat 3

Ada beberapa rakan yang suka menggunakan perkataan Over selepas habis bercakap untuk pass mic kepada rakan yang lain ketika berQSO..ada pula yang menyebut Standing by..Apa yang dapat saya rumuskan disini penggunaan kedua2 sebutan adalah betul..tetapi ada rakan yang menegur, jangan suka menggunakan perkataan Over sebab ia seperti menggunakan walkie-talkie (FRS)..terdapat kekeliruan disini terhadap rakan-rakan yang lain..
Tapi, biar apa pon orang nk tegur, anggap je la sebagai ilmu pengetahuan..yang salah kita sama2 betulkan..yang betul sama2 kita amalkan..

Penggunaan 'Short Break' dan 'Over'

Short break dan Over adalah dua perkara yang berbeza..Perkataan Short Break hanya bleh digunakan ketika berQSO melebihi 2 orang dalam satu-satu masa..Sebagai contoh, ade 3 orang rakan sedang berQSO, si A, B & C la contoh paling senang..Mengikut putaran A akan pass ke B, B akan pass ke C dan begitu seterusnya..Ketika sedang rancak berQSO, si A nie tadi nk bertanyakan sedikit soalan kepada si C, jadi, kt sini perkataan Short Break digunapakai..selepas si C menjawab si C nie td akan pass semula kepada A..dan seterusnye putaran demi putaran QSO berlangsung..

Over pula digunapakai oleh 2 orang rakan yg sedang berQSO, sebagai contoh si A dan B..Habis saja si A bercakap dan menyebut Over, maka si B akan ambil mic untuk bercakap..begitu la seterusnya..

Thursday, September 25, 2008

Salam Ramadhan & Aidilfitri..

Dengan lafaz Basmallah..

saya mulakan ungkapan saya dengan memohon ampun dan maaf, zahir & batin kepada rakan-rakan x kira daripada rakan amatur sendiri ataupon SWAL...sekiranya ade salah dan silap saya, harap dpt dimaafkan samada secara sengaja atau tidak..Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma nie..berhati-hati dengan pemanduan anda, ingatlah orang yang tersayang..

sekali lagi : Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..

saya ceria daripada saya dan keluarga..

Tuesday, September 23, 2008

e-QSL Kad..

Alhamdulillah..bersyukur kehadrat ilahi..akhirnya siap gak nk buat blog ini dgn adenye e-QSL Kad..kepada rakan-rakan tidak kira daripada rakan amatur sendiri ataupon SWAL..sekiranya anda ingin meminta QSL Kad daripada saya, isi lah form e-QSL Kad bagi memudahkan saya menghantar QSL Kad saya kepada anda..
InsyaAllah..saya akan cuba menghantarnya dengan seberapa segera yang boleh..

Salam ceria kepada anda.. 5 5 & 7 3

Faedah..

7 3 kepada rakan-rakan..

radio amatur merupakan medium yang jelas terang dan xperlu disuluh lagi kerana ia amat berguna kepada semua pihak yang bergerak secara individu mahupun berkumpulan..melalui medium ini kita dapat berQSO sesama rakan-rakan yang dikenali atau tidak..didalam radio amatur tiada perbezaan antara sesama rakan-rakan amatur sendiri..samada anda dato', tan sri, datuk seri etc..semua x de maknenya..rakan amatur adalah sama taraf..cuma ape yang perlu dijaga adalah hemah dan etika ketika berQSO supaya tiada siapa yg berkecil hati..ini sudah pastinya dapat menjamin kesejahteraan kita sesama rakan amatur..
tidak dapat dinafikan kehebatan radio amatur ini, ia dapat memberikan rangsangan yang menarik ketika QSO..pilihan topik yang menarik ketika QSO merupakan klimaksnya sesebuah QSO itu..ape pon, jadilah rakan radio amatur yang berhemah..

salam 7 3

Perbezaan pendapat 2

salam sejahtera kepada rakan-rakan semua..
baru-baru nie, saya ada berQSO dgn org lama (old timer), beliau menegur saya berkenaan penggunaan Q-Code yang saya gunakan iaitu QSL..semasa QSO, beliau berkata sesuatu dan saya dpt copy semua apa yg beliau cakap dan saya pon sebut qsl..qsl..beliau dengan tegas cakap bukan qsl..qsl..jangan sebut 2 kali, ia nmpk seolah-oleh anda mempersendakan rakan anda yang bercakap..walaupun anda dapat copy info daripada rakan tapi cukuplah sebuat dengan hanya sekali iaitu QSL, sebut dengan tegas, tepat dan semangat..ini kerana Q-Code adalah satu perkataan yang tepat..kata beliau..apa yang dapat disini, bila kite sebut dgn cara itu, kita rasa lebih professional..ape pon saya terima teguran orang lama tersebut dengan hati terbuka..
Alhamdulillah..sehingga kini saya praktiskan ape yg ditegur utk semua Q-Code..sebut dengan Tegas, Tepat dan Semangat..terima kasih kepada orang lama tersebut, teguran anda sangat berguna kepada rakan-rakan amatur yang lain terutama rakan-rakan amatur perintis seperti kami..

Monday, September 22, 2008

Kembali..

fuhh!! lama tak update blog nie..

kt bawah nie ade la skit sebanyak info yang bleh dikongsi bersama..harap-harap ia menjadi santapan dan intipati yang berguna kepada rakan-rakan sekalian..

sebelum terlupa, Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya kepada rakan-rakan tak kira samada daripada rakan-rakan radio amatur sendiri ataupon SWAL..

7 3 kepada anda semua..

Band yang tidak sah

7 3 kpd rakan-rakan..

Masih segar dalam ingatan, ketika bertemu dgn 9M2 utk mendapatkan tandatangan..ketika itu ade seorang daripada bekas tenaga pengajar kami menyatakan perlu ade saya badan atau kata sepakat untuk menyekat penggunaan band yang tidak sah atau lebih glamor lg dgn sebutan channel haram..ini rentetan daripada ade segelintir pihak yang menggunakan channel haram ini dgn sesuka hati dan tidak mengikut lunas2 atau landasan yg betul dan ini bercanggah dengan Akta2 dan perihal dalam Peraturan SKMM..sekiranya perkara ini betul2 berlaku, jangan hairan la klu ade diantara kite yang kena saman dek kerana kesalahan kita ini..seperti yang kita tau, hukumannya amat berat..jadi jika ade diantara kita yang masih mengamalkan perkara seperti ini, harap dapat dihentikan sbb amat merbahaya..ade pulak segelintir pihak sesuka hati menyebut Callsign rakan2, ade juga yg menggunakan Q-Code...ini sudah melambangkan rakan ham..ini amat merbahaya..SKMM pasti dapat catit sape yang menggunakan band tersebut..walauapepon, memang perlu dilakukan cleansing ini berikutan rakan ham membayar sejumlah wang utk menghadiri kelas, menduduki peperiksaan dan juga lesen..ia seperti tidak adil kepada rakan-rakan ham..mereka ini membeli handy atau rig dan berkomunikasi dgn sesuka hati tanpa mempedulikan orang lain..
Kesimpulannya, rakan-rakan ham perlu menjaga etika dan sikap yang terpuji supaya orang luar memandang rakan ham adalah satu kumpulan yang dapat dijadikan contoh kepada masyarakat..

Jaluran

salam sekalian kali kepada rakan-rakan..

Di Johor terdapat beberapa Jalur, antaranya JASRA, 9M4RGP, JASBP etc.. walaupon medium ini amat luas tapi ramai antara rakan ham yang menjadi monitor daripada keudara..ape yang perlu ditekankan disini adalah kekerapan rakan-rakan ham berada dijaluran supaya jaluran tidak lekang atau sunyi..saya suka sekiranya rakan-rakan ham berQSO beramai-ramai supaya jaluran yang tersedia utk kite ini, kite gunakan dengan sebaik mungkin..bukan sahaja kepada rakan ham di Johor tapi kepada semua rakan-rakan ham yang berada diseluruh Malaysia..

Perbezaan pendapat

sebelum memulakan ungkapan saya, 7 3 kepada rakan-rakan sekalian..

Sedari saya sendiri masih baru di dalam dunia ham, tp byk perkara yang telah saya pelajari semasa berQSO..antaranya penggunaan Q-Code..semasa didalam kelas penekanan penggunaan Q-Code dititikberatkan dgn harapan penggunaannya lebih kerap sbb ia tepat..ada beberapa perkara yang telah saya amati semasa QSO..sebagai contoh QRX, QRT, 73, QRO, QRL, QRM, QRN etc..
i.e QRX, ramai antara rakan amatur sendiri yang suka menggunakan QRX dan ade yg sebut PAUSE je..jd amalan sebegini agak pelik..tambahan saya org baru..jd saya pon terikut utk menggunakan perkataaan PAUSE drpd menggunakan QRX..saya pernah ditegur oleh rakan-rakan ham yg lain sbb saya sebut PAUSE..rakan-rakan amatur tersebut berkata cara saya itu salah, tiada istilah PAUSE dlm ham..disebabkan kecelaruan yg sebegini, saya mengambil jalan yang terbaik utk menyebut QRX utk selama-lamanya bila QSO. Begitu juga dgn QRT, ade rakan ham yang menyebut SINGNING OFF, dan saya pon pernah ditegur sbb menggunakanya..Selain drpd itu, saya juga pernah ditegur berkenaan selanga 73 (regard), rakan ham tersebut menegur bukan 73 tapi 7 3, ia perlu disebut satu per satu..bukan one word..tp dlm QSO dgn rakan lain, ade juga rakan ham yg menyebut one word, tp sebagai org baru saya iye kan je la..mane satu yg betul pon tak tau..

Ape pon, jalan yang terbaik perlu diambil supaya perkara yang sedemikin tidak melarat sehingga menjadi nanah dan susah untuk diubati..

Senarai Rakan-Rakan Amatur di dalam WPC

01. 9W2LAW (Azlan75)
02. 9W2DEA (Dean52)
03. 9W2RMF (Raul)
04. 9W2MCD (Maleak)
05. 9W2JOJ (Rizal)
06. 9W2NAJ (Najib)
07. 9W2AJL (Jamal)
08. 9W2TEX (Shahrul)
09. 9W2MUC (Mumucuk)
10. 9W2MSG (RelakSaja)
11. 9W2TKK (Cikgu Irwan)
12. 9W2LIS (Rosli)
13. 9W2ZTD (Zack Td06)
14. 9W2JZJ (Zan-8090)
15. 9W2JWJ (one-tor)
16. 9W2FNS (Budak^Nakal)
17. 9W2ODN (Oden)
18. 9W2ZIN (Zin GOLD050102)
19. 9W2MEY (Waja 4x4)
20. 9W2WAS (Vaporub)
21. 9W2WPC (Badcyborg)
22. 9W2MME (icher)
23. 9W2MFN (faisal)
24. 9W2WVW (Fariz)
25. 9W2ODY (Aqil)
26. 9W2BJJ (Huda)
27. 9W2OPR (aacan)
28. 9W2BRA (mafia's waja)
29. 9W2UBJ (waja_ganaz)
30. 9W2MZJ (Zahar)

Masih ade lagi beberapa rakan yang masih belum mendaftar di SKMM, walaupon telah lulus dalam RAE yang lalu.

Thursday, September 11, 2008

Apparatus Assignment (AA) - Callsign

Ini adalah AA saya (9W2ODY)

Tahniah..

Tahniah kepada rakan-rakan yg menduduki RAE yang lepas kerana telah berjaya lulus dengan cemerlang termasuk lah diri saya sendiri. Saya pon baru lulus RAE 2008-1 yang lepas. Diharapkan dapat la kita sama-sama berada di jalur amatur, memeriahkan jalur amatur kita. Di Johor ni, Jalur Jasra lah yang menjadi medium untuk berQSO. Agak seronok bila berQSO dengan rakan amatur yang boleh dikatakan Old Timer. Dijadikan cerita sebelum nie saya cuma jadi SWAL je, memang kekadang tu geram gak, bila dengar rakan-rakan berQSO. Rasa macam nk tekan je PTT. Atas sebab rasa tindakan tu salah, jadi saya simpan je dulu sehingga la saya dapat callsign saya sendiri.

salam tahniah, salam 7 3 kepada rakan-rakan..

polylagenda.com

MEMPERKENALKAN PELUANG PERNIAGAAN MLM BERSAMA :-

Sahabat Raja Izuddin Iskandar Shah Berhad (SRIISB) ditubuhkan pada 23hb Jun 2006 dengan No. Pendaftaran738772-T dan merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra. Syarikat ini beroperasi di No. 56A Jalan Jejaka Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur. SRIISB merupakan sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal berbayar RM1,000,000.00 dan modal dibenarkan RM5,000,000.00. Ia menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan pengurusan perundingan dan penasihat kepada mana-mana badan berdaftar serta pelbagai lagi bidang yang berkait rapat dengan bidang pengurusan.

untuk keterangan lanjut : Sila lawat http://www.polylagenda.com/?member=rudyna