***de 9 Mexico 2 Ocean David Yesterday***
"Work active at 10m, 20m, 30m, 40m, 80m & also 2m band..all band worked at FM, SSB & PSK31 also CW modes..hpe can see u down the log & highly appreciated to work with me at the band"
"I'm worked seriously at 10m, 20m & 40m on my HF mobile station right now, please do not hesitate to answer if u hear my call, i'm always calling CQ DX during mobile"

Wednesday, June 10, 2009

3 minit

Terdapat peraturan yang telah dikeluarkan oleh SKMM (MCMC) yang mana apabila sedang rancak berQSO, menyebut semula Callsign adalah pada setiap 3 minit. Ini telah membuktikan terdapat kelonggaran yang telah dikeluarkan oleh SKMM. Pada saya ini merupakan cara terbaik yang perlu dilakukan apabila berQSO dengan dua orang. Secara tidak langsung dapat memberikan impak perbualan yang konsisten dan menarik. Terdapat juga rakan kurang bersetuju dengan hal ini, mereka lebih senang menyebut Callsign pada masa pass mic dan juga ambil mic. Ini tidak menjadi kesalahan tetapi pada saya lah, perbualan itu nampak kurang menarik. Apapun, jadilah rakan radio amatur yang berhemah.

73

Tuesday, December 2, 2008

Kemaskini

Salam kepada semua rakan..lama rasanya tak update blog nie..sbb agak kecapek'an sejak kebelakangan nie..ape pon terima kasih kepada rakan yg tidak segan silu melayari blog saya nie..terima kasih sekali lagi..

salam ceria kepada rakan-rakan semua..harap dapat kite berjumpa atau bersalaman di udara mahupun di daratan..

InsyaAllah..ade umur yang panjang dapatlah kite berbuat demikian..

salam ceria rakan-rakan... 7 3

Monday, October 6, 2008

Perbezaan pendapat 3

Ada beberapa rakan yang suka menggunakan perkataan Over selepas habis bercakap untuk pass mic kepada rakan yang lain ketika berQSO..ada pula yang menyebut Standing by..Apa yang dapat saya rumuskan disini penggunaan kedua2 sebutan adalah betul..tetapi ada rakan yang menegur, jangan suka menggunakan perkataan Over sebab ia seperti menggunakan walkie-talkie (FRS)..terdapat kekeliruan disini terhadap rakan-rakan yang lain..
Tapi, biar apa pon orang nk tegur, anggap je la sebagai ilmu pengetahuan..yang salah kita sama2 betulkan..yang betul sama2 kita amalkan..

Penggunaan 'Short Break' dan 'Over'

Short break dan Over adalah dua perkara yang berbeza..Perkataan Short Break hanya bleh digunakan ketika berQSO melebihi 2 orang dalam satu-satu masa..Sebagai contoh, ade 3 orang rakan sedang berQSO, si A, B & C la contoh paling senang..Mengikut putaran A akan pass ke B, B akan pass ke C dan begitu seterusnya..Ketika sedang rancak berQSO, si A nie tadi nk bertanyakan sedikit soalan kepada si C, jadi, kt sini perkataan Short Break digunapakai..selepas si C menjawab si C nie td akan pass semula kepada A..dan seterusnye putaran demi putaran QSO berlangsung..

Over pula digunapakai oleh 2 orang rakan yg sedang berQSO, sebagai contoh si A dan B..Habis saja si A bercakap dan menyebut Over, maka si B akan ambil mic untuk bercakap..begitu la seterusnya..